I am SARAH

I am SARAH

Tuesday, December 31, 2013

Giveaway : VirtualMalaysia.com Promotes VMY2014

Salam,


VirtualMalaysia.com dengan baik hatinya, nak bagi hadiah banyak untuk promote diorang punya website yang juga merupakan website yang boleh dirujuk/dipercayai untuk tourist/travel sempena Visit Malaysia 2014! Jom usha Hadiah dulu ye! Jumlah hadiah adalah 26 dan Pemenang yang terpilih seramai 26 orang!

1. VM merchandise (T-shirt/Payung/Mug) + RM10 mobile top up = 3x

2. Payung Virtual Malaysia = 3x
3. T-Shirt Virtual Malaysia = 3x
4. Mug Virtual Malaysia = 3x
5. Long Chiffon Skirt (Yellow) = 1x
6. Long Chiffon Skirt (Blue) = 1x
7. Long Chiffon Skirt (Red) = 1x
8. 5 keping Voucher 10% Cupcake Lily Cafe = 10x
9.  Shawl (Handmade by Salju) = 1x

Jom tengok gambar-gambar hadiah, kalau bagi list je, xde la excited sangat kan? Hehehe 











Okay tak hadiah? Ni baru first give away taw, next time diorang akan offer hadiah lagi masyuk! hehehe. 

Nak join? Clik link dibawah! :)

http://sayaiday.blogspot.com/2013/12/giveaway-virtualmalaysiacom-promotes_27.html


 Hehehe . Simple jeee. Cepat join ramai-ramai! ajak kawan-kawan :)


Contest End : 31th December 2013! 




Ini entry pilihan saya. Walaweyyyy memang teringin sangat nak ke Royal Belum..dpt mengabdikan keindahan alam semulajadi yg Maha Esa dgn nyaman dan tenteram..hihi. 


http://www.virtualmalaysia.com/eco-adventure-royal-belum/

Salam sayang!

 photo sign-1.jpg

Tuesday, December 24, 2013

Medan Part 4: Masjid Raya Medan & Pajak Ikan

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Medan. Last day nak berjalan2 dan menghabiskan rupiah yg ada. Awal pagi lagi kami dan bangun dah bersiap2 mengemas bag dan turun untuk breakfast. Breakfast sangat sedap..mungkin perut lapar kot..hehe. Selesai breakfast lebih kurang jam 8.45am. Rupa2nya pak supir dah tunggu di parking lot jam 7am pagi lagi. Aikkk..sape suruh datang awal..i cakap kul 8.30am dtg. Sangat komited ini supir..huhuhu

Kami meminta untuk terus menghantar kami ke Pajak (Pasar Ikan) tetapi memandangkan banyak kedai yg belum lagi dibuka maka kami meminta untuk melawat ke tempat2 yg lain dahulu. Kami singgah di Masjid Raya atau lebih di kenali dgn nama Masjid Agung.

Sedikit info @ sejarah berkenaan dgn Masjid Raya ini adalah masjid yg dibangunkan pd tahun 1906 dan siap pd tahun 1909. Pada awal pembangunan masjid ini, ianya menyatukan masjid dgn kompleks istana. Gaya seni khas Timur Tengah, India dan Sepanyol boleh dilihat di dalam masjid ini. Masjid ini berbentuk segi lapan atau oktagon dan memiliki sayap di bahagian utara, timur, selatan dan barat.



✔✔Berhadapan dgn Masjid Raya ini adalah Hotel Madani
✔✔Sejarah....
✔✔Bahagian hadapan masjid
✔✔Salah satu kitab Al-Quran yg terdapat di dlm Masjid raya ini yang ditulis dgn tangan
Setelah menghabiskan lebih kurang 1 jam di kawan Masjid Raya ini maka kami terus bergegas ke Pajak Ikan. Lambat nanti takut parking susah nak dpt pula...Ibu2 sgt gumbira bila tgk kawasan Pajak Ikan yg penuh dgn orang yg sedang bershopping. Alahaiii nak shopping jugak lah tu yer....tak sedar duit dah semakin susut.

Shopping lagi yukkk..!!

✔✔Sepanjang jalan terdapat bermacam2 jenis kedai pakaian

✔✔Sesuai kalau nak shopping kain utk kawen.hihi

✔✔Tepi jalan pun boleh menjual tau

✔✔Yg belakang tu nama dia Riduan. Sempat berkenalan sebab ramah sangat. hahaha

✔✔Penat ker ibu???

✔✔Tak tercapai utk membeli sbb mahal sngt RM150

✔✔Makan Time!!! pilih2

✔✔Nasi ketupat yg dianyam

✔✔Sate padang kuah kari

✔✔Durian crepe pun femes kat sini tau

✔✔Yessss..kain utk semua. Kain kapan jer x tak jual kot hahaha
Selesai!!!!! Akhirnya habis juga entry ke Medan utk kali ini. Next trip, we oulls plan nak ke Surabaya pulak. InshaAllah....

**Bagi yg ingin mendapatkan khidmat pak supir ini boleh hubungi details di bawah:-
- Adam +6285260026161
- Lubis +6281973004884

Sign-off.. tata Medan!!!!


 photo sign-1.jpg

Medan Part 3: Gunung Sinabung & Restoran Simpang Tiga

Keesokkan harinya kami bangun awal dengan semangat nak p tgk gunung berapi yg sedang meletus iaitu Gunung Sinabung. Hajat semalam yg tidak kesampaian dek kerana cuaca yg tidak mengizinkan..Alhamdulillah harini terang dan cerah berseri spt kami..Ceewahhhh


✔✔Gunung Sinabung yg masih lagi berasap dilitupi oleh awan waktu pagi
Ibu2 yg masih lagi mahu shopping, sempat request utk singgah sekali lagi di Pekan Berastagi. Maka kami pun singgah lebih kurang 1 jam sebelum berangkat ke Kota Medan. Keadaan jalan yg berbukit2 mengambil masa 4 jam untuk sampai ke Kota Medan. Sebelum mencari hotel yg telah ditempah, kami minta pak supir untuk membawa kami lunch. 

✔✔Restoran ini memang sangat terkenal di Bandar Medan. Terletak di kawasan Tanjung Merowa.
Time makan memang sangat dinanti2kan...Slurppppp... roll pic di bawah!

✔✔Kari Kambing

✔✔Licin! Sambal hari telur puyuh

✔✔Beraneka juadah

✔✔Jus Pelangi. Setiap level ada rasa berjenis2 buah

✔✔Jus papaya & jus tembikai

✔✔Makan tanpa toleh kiri kanan

✔✔Jus yg wajib dicuba. Jus alpokat @ avocado

✔✔Udang goreng nestum. Sedap!

✔✔Ini x tau ikan apa...main lantak makan jerk
Memang saya recommend untuk sape2 yg ingin ke Medan, boleh datang mencuba masakan padang di Restoran Simpang Tiga ini. Harga yg berpatutan. Pd hari itu kami makan 7 org RM128. Murah kan...


Selesai mengisi perut, teruskan lagi perjalanan untuk check-in hotel. Kali ini kami menempah Hotel Citi International Sun Yat Sen. Ermmmm...amat tak berpuas hati bila mana bilik yang telah ditempah oleh kami (family room) rupanya2 tidak available. Ermm bukan tak available tapi org yg telah menempah sebelum kami itu nak check-out lambat. Haisshhhh takkan la kami nak menunggu sehingga jam 5 kan..maka kami meminta pihak hotel untuk menyediakan bilik yg lain. Saya sangat tidak mengesyorkan kepada pelancong untuk tinggal di hotel ini kerana keadaan peralatan bilik yg seakan2 lusuh dan kurang bersih. Walaubagaimanapun, layanan dari pihak hotel amat berpuas hati..pekerja2nya yg baik, ramah dan sudi membantu. Selain dr itu, coffe-house hotel juga tidak beroperasi pd waktu malam dan menyusahkan para tetamu untuk mendapatkan makan malam. Tetapi, pihak hotel menyediakan perkhidmatan pesanan makan malam dgn membeli makanan di luar. 


✔✔Sebahagian dari Kota Medan. sangat padat!!
Memandangkan kemudahan wifi hanya boleh didapati di area lobby sahaja, maka kami terpaksa turun dan lepak di sekitar lobby utk aktiviti FACEBOOK time!!!

✔✔Lepak macam kat rumah sendiri. Hahaha
Akibat kepenatan yg teramat sangat dari Berastagi + macet + makan + Medan, maka tiada aktiviti utk hari kedua. Kami hanya bersantai2 sahaja... Pak supir pun dah penat asyik menekan brek, minyak, cluth. Mesti lenguh2 kaki dia...huhuhu


Gud Nite Medan...wait for next entry: Hari terakhir di Medan




 photo sign-1.jpg

Tuesday, December 17, 2013

Medan Part 2: Berastagi & Pasar Buah

Selepas selesai beristirehat, kami meneruskan perancangan untuk mengisi perut dan melihat keadaan persekitaran di Berastagi. Berastagi kelihatan seperti sebuah pekan kecil yg kebanyakkan penduduknya melakukan aktiviti bercucuk tanam dan berniaga. Mencari kedai makan yg halal agak susah disekitar Berastagi kerana tidak banyak kedai halal di sini. Alhamdulillah dlm bersesak mencari kedai makan, kami terjumpa sebuah restoran iaitu Ummi Restaurant yg menyajikan masakan minang.


✔✔Muka lapaq sampai berebut lauk. hahaha
✔✔Berseleranya makan....
✔✔Nasi dan bergedil memang sedap kan kan kan??
✔✔Teh botol ni peberet mak i taw
✔✔Sayur goreng yg sangat fresh dan berselera
✔✔Decoration..cantek!!
Sudah makan, muka mesti lah ceria kan kan kan...so kita jalan2 menghabiskan duit dgn berkunjung ke Pekan Buah, Berastagi. Bukan setakat buah jer yg ada di sini, pelbagai jenis pakaian, hiasan dan yang paling penting...fridge magnet!!!! Macam2 uolls..FM Danau Toba pun boleh didapati di sini walaupun tak ke Danau Toba. Hihihi...

Jom tengok mak2 bershopping menghabiskan duit anak2. Bertuah mak!!!

✔✔Wajib beli utk teman2 di Malaysia
✔✔Tshift I LOVE adalah cenderahati yg wajib di beli utk teman2 di Malaysia

✔✔Ubi Kentang Berastagi. Sangat segar dan manis rasanya
✔✔Ini tak beli sebab....tak pakai pun aksesori2 ni
✔✔Pasar Buah Berastagi. Macam2 buah ada di sini!  Pisang kaki, strawberry dan avocado adalah yg paling popular
✔✔Shopping lah mak....
✔✔Unik!!!
✔✔Pilih2..selipar murah2 RM5 jer...
✔✔Buah limau yg sangat manis dan lazat!
✔✔Confirm beli. hehe
✔✔Cenderahati
✔✔Takut utk menunggang..huhu
OK, cukup! Sudah!!! Jangan shopping lagi.hehe.. Esok lagi mau shopping di Kota Medan. Simpan duit utk esok hari. Kalau ikut mak2 nie mesti satu pekan Berastagi nak beli..hancusssss!!!

Kami pulang ke hotel jam 6ptg memandangkan hujan telah turun dengan renyai2 dan dijangka akan turun dgn lebat pd lewat malam nanti. Sure sejuk!!!


✔✔Hujan tersangat lebat
Tiba di hotel..aktiviti terbantut. Kaki nak berjalan lagi tp hujan dah turun dgn lebat. Maka nya...lepak2 di hotel dan aktiviti bebas..hahaha.. 




Tunggu next entri yer...sign off!


 photo sign-1.jpg