I am SARAH

I am SARAH

Sunday, December 8, 2013

Bandung Part 2- Pasar Baru & Jalan Cibaduyut


Selamat Pagi Bandung!!!

Disebabkan waktu di Negara Indonesia ini 1 jam lebih awal, makanya kami semua secara automatiknya terbangun awal. Jam 6 pagi dah bangun dan dah terang benderang. Terdengar kesibukan kesesakan lalu-lintas sudah bermula. Ermmm..mesti jap lagi nak kuar jalan macet (sesak) nie.. xpe2..apa2 pun bersihkan diri dahulu lepas tu turun breakfast kat coffe house.


✔✔Dah siap sedia nak shopping

Info hotel yg kami book secara online: SCARLET DAGO HOTEL
Scarlet Dago Hotel is located in central Bandung, a 5-minute walk from Bandung Train Station. It features a restaurant and rooms with a 32-inch flat-screen TV. Free internet is provided.
Dago Scarlet Hotel is 1.5 km from Cihampelas Walk and 2 km from the Geological Museum. Husein Sastranegara Airport is 4 km from the hotel.
The spacious rooms at the hotel come with modern décor. Each room is well-equipped with a safety deposit box and tea/coffee maker. Hot shower facilities and toiletries are provided.
Hotel Scarlet Dago offers car rental services and free parking. Laundry and ironing services are also available upon request at the 24-hour front desk.
Guests can enjoy a variety of local, Asian and Western dishes at the on-site restaurant.

Tepat jam 9 pagi, pak supir kami dah ready kat luar hotel. Ajak breakfast sama2 xnak plak dorang ni..segan kot..huhu

Well, 2 orang pak supir yg akan escot kami sepanjang kami berada di Bandung kali ini. Pak supir nya ganteng bangat. Muda pulak tu..hehe. Sesape yg nak dapatkan khidmat pak supir ini boleh terus add fb beliau.


✔✔FB Pak Supir

Tempat shopping yg pertama sekali kami akan pergi adalah Pasar Baru Trade Center. Bangunan Pasar Baru ini telah dibina pada tahun 1906 yg menjadi syurga para pelancong untuk berbelanja. Dengan bangunan yang megah dan dilengkapi dengan fasiliti moden terdapat pelbagai busana muslim, kain telekung, busana casual, busana pesta, jeans, sepatu, tas/beg tangan, kain tekstil, kosmetik, aksesori, batik, kelengkapan bayi, kelengkapan haji, pakaian sekolah dan macam-macam lagi boleh didapati di dalam satu bangunan Pasar Baru Trade Center ini. Sementara di lantai/tingkat 6 terdapat Bandung Food Center yg memenuhi citarasa makanan anda.


✔✔Dari lantai 3

✔✔Syurga membeli-belah

✔✔Pilihan makcik-makcik yg gemar membeli kain pasang

✔✔Pelbagai jenis t-shirt yg boleh di jadikan cenderahati utk rakan2 di Malaysia

Kami berjaya membeli lebih dari 12 jenis kain telekung sembahyang utk sedara2 di Malaysia. Penat jugak nak carry beg plastik yg banyak2 nie. Nasib baik la ada 2 org pak supir ini yg sangat gentleman. Kami shopping, dorang tolong bawa. hehe. Selesai di Pasar Baru Trade Center, kami terus ke Toko Tiga.


✔✔Syurga jeans

Kat Toko Tiga ni macam-macam jenis seluar jeans dan tshirt yg murah2. Kenapa seluar jeans Indo murah?? Haaa..bukan tiruan hokey. ORI!! Ini kerana kain yg bermutu diimport dari US dan orang2 local Indo yg menjahitnya sendiri. So, kos overheat tu dah jadi murah. Sempat jugak sy memborong 3 helai seluar Levi's. Tak maha! Murah jer hokey!


✔✔Sempat lagi posing memosing

✔✔We waz here!!!!

Selesai shopping di Toko Tiga, kami terus ke Jalan Cibaduyut. Kat sini terdapat pelbagai jenis pakaian kulit yg boleh dibeli di sepanjang jalan cibaduyut. Wow beli lagi!!! Bukan setakat pakaian saja, selipar kulit, sepatu kulit, dompet kulit dan assesori kulit boleh didapati di sini. Nasib baik seluar dalam kulit xde. tettttttttttttt!!!!


✔✔My bestfriend beli tas utk abang dia
Personally, secara jujurnya saya tak suka barangan kulit. hehe Tapi seronok tgk pakaian2 kulit yg nampak cantik dan bergaya kalau dipakai.

Selepas selesai shopping di Jalan Cibaduyut, kami terus ke Rumah Mode. Kat sini ala2 mcm Jusco plak shopping. Ramai jugak orang Malaysia di sini. Jam 4.30ptg dan kami belum sempat lunch. Maklumlah pagi tadi dah heavy breakfast di hotel. So, tak terasa lapar sangat. 


✔✔See bag kat tangan Kak Milah..shopping aje cik kak nie

Di Rumah Mode ini kami sempat membeli ess campur. Opsss...pic hilang.hehe. Selesai di Rumah Mode, kami meminta utk ke Trans Studio Bandung. Kat sini kunun2 mcm kat Times Square KL la...siap ada aktiviti indoor games kat situ. Tapi memandangkan dah kesuntukkan masa, kami tidak mencuba apa2 indoor games. Kami hanya jalan2 di shopping mall bersebelahan Trans Studio. OMG!! Not affordable to shopping here. Harga yg amat mahal utk semua barang dan makanan. Maybe sini tempat utk org2 kaya Indo sahaja kot shopping.hehe 


 
✔✔Wajib ambil pic kat sini yer...
Jam menunjukkan 8.30 malam. Kaki dah fenat. Perut lapar tp kurang rasa dahaga sebab cuaca yg sejuk dan dingin. Selesai di Trans Studio, kami menyuruh pak supir utk singgah di Kartika Sari. Katanya..kat sini kek kukus Kak Kartika ni sedap. hehe Dah alang2 sempat jugak borong 4 5 kotak. Maaf, pic tak sempat nak snap. Di bawah ni kami sempat beli macaron di shopping mall bersebelahan Trans Studio.



✔✔Berderet2 macaron..my favourite flavour is paper mint. Sedap wooo!!

Dan akhirnya, kami terus pulang ke hotel. Sumpah tak nak berhenti makan kat luar. Rasa macam nak lying atas tilam jer. Sakit kaki lenguh badan semua ada...huhu. Kami membuat keputusan utk makan sahaja di hotel. Meh kita tgk, apa menu yg ada di hotel ini..hehe



✔✔Niat di hati nak try Mie Tek-Tek, tp akhirnya tak jadi. Kang rasa ntah apa2..perut lapar nie...

Ok, ini dinner kami. Hampir menunggu sejam lebih, kami memilih utk order makanan di bawah. Taraaaa...



✔✔Sangat berselera. Siap ada buah lagi. Free!!
Bismillah..... hidangan terakhir utk kami mlm itu. Mandi, makan dan terus zzzzzzz. Esok awal2 pagi dah nak bangun menuju ke Jakarta. Selesai 1 hari pengembaraan shopping yg memang seronok dan best sekali! Tak dpt nak bygkan dgn kata2..ecehhh!!!


Selamat malam Bandung...



**Gunung ku daki..Laut pun kan ku seberangi..Hingga kau miliku, Engkau pujaan hati...



Tunggu...Bandung Part:3


 photo base.jpg

No comments:

Post a Comment