I am SARAH

I am SARAH

Friday, December 6, 2013

Bandung Part 1

Bandung!!! Here we come!

Semangat sungguh! Mana tak nya, inilah first trip kitaorg nak jenjalan jauh2 skit, selalunya jenjalan kat Malaysia jer kan..OK, sebelum currency naik lagi mendadak, jom tukar wang dahulu.


✔✔Terasa menjadi jutawan sekejap! Sengaja nak show gadjet..huwekkkk

Penerbangan dari Penang ke LCCT tepat jam 11.20 pagi. Sengaja mengambil penerbangan dari Penang ke KL dahulu kerana itu jer yg ada tiket murah dari KL-Bandung. Sampai di LCCT jam 12.15 tghari. Oh my goshhh!!! ada lagi 1jam utk check-in. Kalau nak diikutkan flight ke Bandung jam 3.30ptg tapi ntah mcm mana flight itu diawalkan 2jam. Maka nya berlari-lari lah kami di LCCT. Fuhhhh..kaunter self-checkin dah close. Maka terpaksa la menuju ke kaunter. "Ni kenapa lambat ni" Alahaiii mcm cikgu sekolah plak soalan dr CS AirAsia ni...huhu. Abaikan beliau!


✔✔menunggu abg pilot..hehe

KL-Bandung mengambil masa lebih kurang 2jam 15minit sahaja. Indonesia time awal 1 jam dari Malaysia. Maka kami sampai jam 3.40ptg (waktu Malaysia 4.40ptg). 2 jam pun dah penat dlm flight. Dah tak tau nak buat aksi dan gaya apa..huhu






Setibanya kami di Husein Sastranegara International Airport (Airport Bandung) semua muka pelik semacam! Aikkkk keciknya airport dorang...hihi Macam bukan international airport jer pun.. Beratur utk urusan imigresen mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih...ramai betul orang



✔✔Sempat bergambar sebelum kena halau dgn pak guard kat situ


Selepas selesai urusan imigresen kami terus tercari2 teksi utk ke hotel. Ermmmm agak sesak juga..maklumla hari nie kan hari minggu. Alamatnya terpaksa menunggu seketika utk mendapatkan teksi. Sebelum itu, meh tukar duit dulu. Yang ada dlm poket ni cuma ada 1 juta Rp jer kot. Tak sempat nak tukar selebihnya di Malaysia.

Sementara tukar uang aka wang, datang seorang pembantu kaunter penukaran duit ini menawarkan khidmat tour utk kami. Ermmm nak amek ker tak nak? Badan dah penat2 ni..rasa macam nak terus ke hotel jer. Tetapi dek asakan dua orang rakan ni yg menyuruh mengambil "perkhidmatan pak supir" maka saya pun turutkan la...kena ikut mijoriti lah kan...hehe

Tetapi malangnya.....terpaksa menunggu sehingga hampir 3 jam. Walawehhhhhh.. ingat ker cepat, jadi lambat pulak rupanya. Huh...akhirnya sekitar jam 6.30 barulah 'Pak Supir' tu sampai. Kalau tahu nak jadi lambat mcm ni, baik ambil teksi sahaja terus ke hotel. Keesokkan harinya boleh ambil perkhidmatan pak supir. Alahaiiii..tapi apakan daya tak dapat nak berfikir apa-apa time tu. Maybe sebab enjoy lepak kat airport kot, maklumla sejuk2 sepoi bahasa Indonesia lah katakan..

Dan akhirnya, tepat jam 8mlm kami sampai di hotel. Patut lah pak supir lambat, mmg jalan pun sangat macet (sesak). Hari Sabtu lah katakan......


✔✔Hotel 4 bintang tuuuu!!

Check-in, rest sekejap, mandi berjemaah..then terus keluar cari makan. Nasib baik pak supir sudi nak hantar ke Restaurant...apa ntah nama..lupa nama restaurant tu.hehe


✔✔Malam2 dah makan Nasi Padang..perut lapar + penat = makan tanpa tgk kiri dah kanan

Selamat menjamu selera. Yukkkk makan dulu dong!!

Selesai makan kami pulang ke hotel sambil membelek hphone & tab masing2..apa2 pun sebelum tidur update dulu statusnya di facebook. hehe.. 
Istirehat perlu cukup. Esok nak menempuh 1 hari perjalanan shopping yang pasti menyeronokkan!!! Tidur sambil mendengar alunan lagu2 Indo...alahaiii 

p/s: Ramai kawan-kawang yang terkejut dgn trip kami kali ini. Dorang tak menyangka kitaorg pegi Bandung...diam2 pulak tu..hai kawan2...saje taknak bising2..nanti ramai pulak yang nak pesan memesan hihi..


Tunggu...Bandung Part: 2


 photo base.jpg

No comments:

Post a Comment