I am SARAH

I am SARAH

Sunday, December 15, 2013

Medan Part 1: Berastagi


Assalamualaikum...

Sangat 'bercinta' nak menulis entry kali ini. Niat dihati nak menulis selepas pulang dari Medan tapi banyak hal dan isu yg berkaitan dgn kerja sbb itu lah entry kali ini lambat nak published.

Untuk entry kali ini sy nak kongsikan pengalaman menarik bercuti bersama mak-mak. Banyak mak kan...hehe. Actually kami tak plan pun utk ke Medan tp disebabkan kecewa dgn tiket promotion dari AirAsia ke Jakarta sudah habis, maka kami mengambil keputusan dan sebulat suara utk menjelajah ke bandar ke-3 yg terbesar di Indonesia iaitu MEDAN!

✔✔Get ready..we flying again!! My mom hujung sekali hokeyy..hihi
Penerbangan mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja dari Penang. Dekat jer kan... seberang laut sahaja. Maka kami sampai jam 8.40am waktu Indonesia dan pak supir kami yang bernama Adam sudah menunggu di ruang ketibaan antarabangsa. Alhamdulillah cuaca terang dan sedikit berkabus disebabkan beberapa letusan Gunung Berapi Sinabung yang meletus pada hari Isnin, iaitu 25 Nov'13. 

✔✔Kuala Nami International Airport baru di buka pada bulan Jul'13. Sebelum ini semua pesawat akan tiba di Polonia Airport

✔✔Menuju ke Berastagi

✔✔Highway dari airport
 Berita ini juga amat membimbangkan kami kerana keadaan gunung berapi itu sudah berada pada tahap Siaga iaitu awas (tahap ke 4). Seperti menempah maut jika kami terus mengambil keputusan utk meneruskan percutian ini, walaubagaimanapun keadaan gunung berapi itu masih berada di tahap terkawal dan diberitakan juga sejumlah penduduk kampung yg berada berhampiran 5km dari Gunung Sinabung itu telah dipindahkan ke tempat yg selamat iaitu di penempatan sementara. Harap2 lah tak terjadi lagi beberapa letusan sementara kami di sini...Amin...

Sambungan entri..

✔✔Keadaan lalu-lintas di Bandar Medan
Perjalanan mengambil masa 3 jam dari Medan ke Berastagi sekiranya jalan tidak macet. Ok, ada masa untuk merehatkan badan sambil menikmati keadaan persekitaran dan panorama sekeliling bukit bukau dan gunung ganang. Jujur saya katakan, kebersihan di bandar Medan dan sepanjang perjalanan ke Berastagi tidaklah begitu indah dan cantik sekali dan juga tidak terlalu kotor (6 stars out of 10). 

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Sinabung Hills Hotel selepas 4 jam perjalanan. Selesai urusan di kaunter hotel kami terus merehatkan diri dan menikmati pemandangan landskap yg sangat cantik sekali...

✔✔Pemandangan dari balkoni hotel..Cantik kannnn????

✔✔Zoom-in.. Alahaiiii kan best kalau boleh bbq di tepi pool ni...
Selepas 'mencuci mata' dgn melihat kehijauan sekitar hotel, kami mengambil keputusan untuk rehat seketika sebelum keluar untuk mencari makan... grrrkkkkk perut berbunyi tapi badan penat, maka perlu rehat dahulu..tunggu next entri yer....


Salam Sayang!

 photo sign-1.jpg

4 comments:

  1. wah terima kasih sudah berkunjung ke blog saya, kak Maira.
    udara di Brastagi dingin sekali ya, saya jadi penasaran posting berikutnya dari kak Maira ini.
    Semoga nanti saya bisa main juga ke Malaysia, aamiin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kembali Yudi..Iya dingin bangat hinggakan hotel nya ngak perlukan air-cond.
      Insha Alla Yudi..jemput ke Malaysia ya..

      Delete
    2. iya, di daerah pegunungan seperti Brastagi, AC memang gak laku.
      hmm, kalo gitu saya gak sabar nungguin promo air asia ke KL atau Penang, hehe..

      Delete
    3. Bisa aja...libur di Penang yuk..hehe

      Delete