I am SARAH

I am SARAH

Tuesday, December 24, 2013

Medan Part 3: Gunung Sinabung & Restoran Simpang Tiga

Keesokkan harinya kami bangun awal dengan semangat nak p tgk gunung berapi yg sedang meletus iaitu Gunung Sinabung. Hajat semalam yg tidak kesampaian dek kerana cuaca yg tidak mengizinkan..Alhamdulillah harini terang dan cerah berseri spt kami..Ceewahhhh


✔✔Gunung Sinabung yg masih lagi berasap dilitupi oleh awan waktu pagi
Ibu2 yg masih lagi mahu shopping, sempat request utk singgah sekali lagi di Pekan Berastagi. Maka kami pun singgah lebih kurang 1 jam sebelum berangkat ke Kota Medan. Keadaan jalan yg berbukit2 mengambil masa 4 jam untuk sampai ke Kota Medan. Sebelum mencari hotel yg telah ditempah, kami minta pak supir untuk membawa kami lunch. 

✔✔Restoran ini memang sangat terkenal di Bandar Medan. Terletak di kawasan Tanjung Merowa.
Time makan memang sangat dinanti2kan...Slurppppp... roll pic di bawah!

✔✔Kari Kambing

✔✔Licin! Sambal hari telur puyuh

✔✔Beraneka juadah

✔✔Jus Pelangi. Setiap level ada rasa berjenis2 buah

✔✔Jus papaya & jus tembikai

✔✔Makan tanpa toleh kiri kanan

✔✔Jus yg wajib dicuba. Jus alpokat @ avocado

✔✔Udang goreng nestum. Sedap!

✔✔Ini x tau ikan apa...main lantak makan jerk
Memang saya recommend untuk sape2 yg ingin ke Medan, boleh datang mencuba masakan padang di Restoran Simpang Tiga ini. Harga yg berpatutan. Pd hari itu kami makan 7 org RM128. Murah kan...


Selesai mengisi perut, teruskan lagi perjalanan untuk check-in hotel. Kali ini kami menempah Hotel Citi International Sun Yat Sen. Ermmmm...amat tak berpuas hati bila mana bilik yang telah ditempah oleh kami (family room) rupanya2 tidak available. Ermm bukan tak available tapi org yg telah menempah sebelum kami itu nak check-out lambat. Haisshhhh takkan la kami nak menunggu sehingga jam 5 kan..maka kami meminta pihak hotel untuk menyediakan bilik yg lain. Saya sangat tidak mengesyorkan kepada pelancong untuk tinggal di hotel ini kerana keadaan peralatan bilik yg seakan2 lusuh dan kurang bersih. Walaubagaimanapun, layanan dari pihak hotel amat berpuas hati..pekerja2nya yg baik, ramah dan sudi membantu. Selain dr itu, coffe-house hotel juga tidak beroperasi pd waktu malam dan menyusahkan para tetamu untuk mendapatkan makan malam. Tetapi, pihak hotel menyediakan perkhidmatan pesanan makan malam dgn membeli makanan di luar. 


✔✔Sebahagian dari Kota Medan. sangat padat!!
Memandangkan kemudahan wifi hanya boleh didapati di area lobby sahaja, maka kami terpaksa turun dan lepak di sekitar lobby utk aktiviti FACEBOOK time!!!

✔✔Lepak macam kat rumah sendiri. Hahaha
Akibat kepenatan yg teramat sangat dari Berastagi + macet + makan + Medan, maka tiada aktiviti utk hari kedua. Kami hanya bersantai2 sahaja... Pak supir pun dah penat asyik menekan brek, minyak, cluth. Mesti lenguh2 kaki dia...huhuhu


Gud Nite Medan...wait for next entry: Hari terakhir di Medan




 photo sign-1.jpg

No comments:

Post a Comment